Monday 6 August 2012

kajian pernahkah engkau mentafsir kedamaian


 PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN 


Biodata Ringkas Penulis Syair Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian

Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain)

TOKOH: Baharuddin Bin Zainal, Dato’. Juga terkenal dengan panggilan Baha Zain. 

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 22 Mei 1939, di Batu 15, Bukit Melintang, Perak. 

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor, 1946 - 1949. (2). Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak, 190 – 1957. (3). Sekolah Anderson, Ipoh, Perak, 1958 – 1959. (4). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1960 – 1963. (5). Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, Indonesia, 1970 – 1972.

Hasil penulisan Beliau

  Esei dan puisi Baha Zain tentang penulis dan persekitarannya : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.
  Mencari imej Malaysia : dialog sastera, seni rupa, seni bina / Hamdan Yahyadll,: Yayasan Kesenian Perak, 1998.
  Hikayat Umar Umaiyah / Selenggara oleh Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
  A biography of Malaysian writers / Susunan, Baharuddin Zainal dll: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
  Sirih Pinang : kumpulan esei budaya / Penyunting, Baharuddin Zainal, AnwarRidhwanAyob Yamin: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.
  Wajah : biografi seratus penulis / Susunan, Baharuddin Zainal dll,: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
  Mendekati kesusasteraan / Susunan Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
   Termasuklah Syair Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian.

Maksud Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
  Bahagian Satu
*   Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak cuba mengaitkan kegelapan malam yang dilihat remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrisiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan cahaya samar-2samar untuk menggambarkan kehidupan yang sedang dihadapinya.
       Bahagian Dua
*  Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap ( sukar ) menyebabkan diri terasa terasing. Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri.
*  Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara pejuang-pejuang keamanan yang dilihat amat baik. Terdapat juga manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang kemanusiaan melaungkan slogan cinta akan kedamaian. Seruan mereka adalah supaya manusia berjuang dengan harata dan negara. Diatas nama “ matlamat mencapai kedamaian” maka manusia sanggup bertelingkah.
       Bahagian Tiga
*  Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perebutan kuasa akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan negara
*  Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.
*  Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam kehidupan. Penyajak juga mengingatkan kita berwaspada supaya tidak dipermainkan tanpa sedar.

Ciri-ciri Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
  Mempunyai 7 rangkap
 Contoh : 2 rangkap bahagian (I)
                 2 rangkap bahagian (II)
                 3 rangkap bahagian (III)
  1 rangkap 4 baris
  Contoh : Bahagian (I)
       1 rangkap 8 baris
  Contoh :Bahagian (II) rangkap 1
                Bahagian (III) rangkap 1
       1 rangkap 20 baris
  Contoh : Bahagian (II) rangkap 2
  1 rangkap 7 baris
  Contoh : Bahagian (III) rangkap 2
  1 rangkap 5 baris
  Contoh : Bahagian (III) rangkap 3
  SETIAP BARIS 1-7 PATAH PERKATAAN
  1 baris 1 perkataan
  Contoh : Rangkap 3 baris 2 ( orang )
  1 baris 2 perkataan
  Contoh : Rangkap 4 baris 4 ( tanah perkuburan )
  1 baris 3 perkataan
  Contoh : Rangkap 4 baris 11 / baris 18 ( jadi slogan perjuangan / setinggi mana pun )
  1 baris 4 perkataan
  Contoh : Rangkap 5 baris 2 ( muzium, galeri dan universiti )
  1 baris 5 perkataan
  Contoh : Bahagian (III) Rangkap 7 baris 2 ( untuk semua bangsa yang membenci )
  1 baris 6 perkataan
  Contoh : Bahagian (II) Rangkap 4 baris 20 ( sebuah kota yang telah menjadi perebutan )
  1 baris 7 perkataan
  Contoh :  Bahagian (III) Rangkap 5 baris 7 ( sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar )
  SETIAP BARIS MENGANDUNGI 2-19 SUKU KATA
  Contoh : 2 suku kata
Bahagian (II) Rangkap 3 , baris 2 ( orang )
  Contoh 19 suku kata
Bahagian (II) Rangkap 4 baris 7 ( kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah )
  Rima akhir tidak tetap
  Contoh : Rangkap 3 ( a-b-a-b-a-c-a-d-e )
  Nada patriotik
  Mempunyai jeda
  Sajak bukan naratif

Nilai Estetika
  Hiperbola
Contoh : Perang telah mengoyakkan halaman-halaman (Bhg.3 Baris 3)
              Mendengar bisikan hati nuraninya sendiri (Bhg.2 rangkap 2 , baris 14)
  Metafora
Contoh :  Bisikan hati (Bhg.2 rangkap 2, baris 14)
               Bau wang (Bhg.3 rangkap 2, baris 3)
  Kata Ganda
Contoh :  Halaman-halaman (Bhg.3)
               Remang-remang (Bhg.1)
               Rongga-rongga (Bhg.2)
  Anafora
Contoh : Perang-perang (Bhg.3)
              Kita-kita (Bhg.2)
              Sejarah-sejarah (Bhg.3)
  Responsi
Contoh : Pemimpin-pemimpin (Bhg.3)
              Engkau-engkau (Bhg.1)
  Epifora
Contoh : Baru-baru (Bhg.3)
  Asonansi
Contoh : Pengulangan vokal ‘a’ 7 kali
  Perang akan memusnahkan kubu, bangunan (Bhg.3 rangkap 1, baris 1)
  Aliterasi
Contoh : Pengulangan konsonen ‘m’ 3 kali
  Perang telah mengoyakkan halaman-halaman (Bhg.3 rangkap 1, baris 3)

Persoalan Dalam Puisi Pernahkah Kau Mentafsir Kedamaian
  Persoalan membandingkan kegelapan malam dengan kesusahan hidup
  Persoalan godaan anasir jahat (syaitan)
  Persoalan pembawaan sikap pura-pura
  Persoalan menjadikan agama sebagai topeng
  Persoalan manusia yang sanggup mati dalam merebut kuasa
  Persoalan sikap pemimpin yang zalim

Nilai Masyarakat Dalam Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian 
   Masyarakat yang memperingati antara satu sama lain
  Masyarakat yang mencari kedamaian
  Masyarakat yang mencari keamanan
  Masyarakat yang berusaha mencari kemenangan bagi kota mereka
  Masyarakat yang mencuba untuk mendapatkan kuasa

Pengajaran Dalam Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamian
  Kuatkan iman dalam diri
  Jangan sesekali biarkan agama menjadi bahan permainan
  Jangan tamak akan harta sehingga menyebabkan kematian orang tidak bersalah
  Sentiasa pelihara bahasa, bangsa dan kesenian untuk mengelak diri ditindas
  Jauhkan diri daripada hasutan syaitan

kajian menduduki rumah baru


 MENDUDUKI RUMAH BARU 


Analisis
            -   1 rangkap
-   17 baris 1 tangkap
-   4-5 patah perkataan 1 baris
-   6-14 suku kata 1 baris
-   Tidak terikat
-   Rima akhir tidak tetap

Tema : Adat menduduki rumah baru

Nilai Estetika
-   Personafikasi
: naik emas
-   Kata ganda separa
: berhati-hati
-   Hiperbola
: naik orang beribu laksa
-   Inversi
: berkat di pengajaran guru
-   Anaphora
: jangan-jangan
: naik-naik
: tepung-tepung
: ketiga-ketiga
-   Responsi
: tawar-tawar
-   Epifora
: jati-jati
-   Asonansi
: Pengulangan vocal ‘a’ 7 kali
:Allah menawar Muhammad menjampi
-   Aliterasi
: Pengulangan konsonen ‘n’ 6 kali
: jangan punah jangan ranah

Fungsi
-   Untuk memasang pagar rumah agar dapat mengelak daripada semangat jahat

Nilai Masyarakat
-   Masyarakt yang mementingkan adat
-   Masyarakat yang mempercayai agama
-   Masyarakat yang menyimpan harapan yang positif

Pengajaran
-   Kita hendaklah memohon kepada Allah agar rumah kita jauh dari kecelakaan
-   Keyakinan kita terhadap Allah

kajian ulit mayang


mantera ulit mayang     



                 -   Asal usul negeri Terengganu
                  -   Kaedah perubatan tradisional
-   Hak milik rakyat

Persoalan
 * Pemujaan yang mendalam terhadap tuan puteri tujuh
*     * Mayang pinang digunakan diasap dan disapu minyak kelapa
*    *Memohon perlindungan agar yang mengambil bahagian tidak tercedera

Analisis
-               *Tidak terikat kecuali rangkap pertama
-               *Puisi bebas
-               *Bahasa mantera
-              *Bahasa keramat

Fungsi
-                      *Perubatan tradisional
-                            *Untuk sembuhkan orang yang terkena sampuk

Nilai Masyarakat
-                      *Percaya akan benda khurafat

-                     *Percaya pada benda-benda tahyul
-                    *Mengamalkan adat

Sunday 29 July 2012

kajian teromba(teromba adat)


  TEROMBA ADAT 


Teromba Adat

Analisis
-   Mempunyai 8 rangkap
-   2 baris 1 rangkap
-   3-4 patah perkataan 1 baris
-   Rima akhir a,b,a,b
-   Tidak terikat

Tema : Mengisahkan tentang penggunaan adat

Maksud Setiap Rangkap
Rangkap 1 : Adat tidak boleh dibawa mati
Rangkap 2 : Adat yang dipakai walaupun baru berasaskan adat lama
Rangkap 3 : Adat yang baik dipakai, adat yang buruk dielakkan
Rangkap 4 : Susah dan senang bersama-sama
Rangkap 5 : Mencari peluang di tempat lain
Rangkap 6 : Perbazaan adat perpatih dan temenggung
Rangkap 7 : Perbezaan tatacara hidup
Rangkap 8 : Adat adalah berdasarkan kitab Allah

Persoalan
Rangkap 1 : Adat yang diamalkan tidak dibawa mati
Rangkap 2 : Adat lama yang dilupakan
Rangkap 3 : Adat yang baik sentiasa diikuti
Rangkap 4 : Sama-sama berada dalam kesusahan
Rangkap 5 : Hati tidak tetap
Rangkap 6 : Perbazaan adat
Rangkap 7 : Perbezaan tatasusila
Rangkap 8 : Adat berasaskan kitab Allah

Nilai Estetika

-   Hiperbola
Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah.
Adat bersendi hukum

-   Inversi
Adat dipakai baru

-   Personafikasi
Lembaga berlingkungan

-   Aliterasi
Pengulangan vocal ‘e’ 3 kali
Ke laut adat Temenggung

-   Asonansi
Pengulangan konsonen ‘d’ 2 kali
Adat bersendi hukum

kajian talibun(keindahan dan kemakmuran negeri)

KEINDAHAN DAN KEMAKMURAN NEGERI 


Keindahan Dan Kemakmuran Negeri

Analisis
-   Mempunyai 1 rangkap
-   Terdapat 20 baris
-   Puisi jenis Talibun
-   Tidak terikat

Tema : Keindahan & kemakmuran negeri

Nilai Estetika

          Hiperbola
-   Bukan kepalang

          Simile
-   Bagai dibentang
-   Seumpama kundur dengan labu
-   Sejuk dingin seperti ular cintaman

                 Bahasa Arab
-   Balam

               Anafora
-   Jikalau-jikalau
-   Cari-cari

              Epifora
-   Tanah-tanah

               Paradox
-   Helang disambar punai tanah
-   Kecil pohon besar buahnya

               Responsi
-   Boleh di-boleh di

               Asonansi
-   Pengulangan konsonen ‘t’ 2 kali
-   Lembu kerbau penuh di tengah padang

              Aliterasi
-   Pengulangan vokal ‘u’ 4 kali
-   Seumpama kundur dengan labu 

                Personafikasi
-   Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah

              Inversi
-   Helang disambar punai tanah

                Persoalan
-   Keindahan negeri
-   Kemakmuran sebuah negeri
-   Rezeki yang terdapat di merata tempat

                 Nilai Masyarakat
-   Masyarakat yang beruntung
-   Masyarakat rajin mencari rezeki
-   Masyarakat yang cinta akan keindahan
-   Masyarakat yang cinta akan kemakmuran