Sunday 29 July 2012

kajian teromba(teromba adat)


  TEROMBA ADAT 


Teromba Adat

Analisis
-   Mempunyai 8 rangkap
-   2 baris 1 rangkap
-   3-4 patah perkataan 1 baris
-   Rima akhir a,b,a,b
-   Tidak terikat

Tema : Mengisahkan tentang penggunaan adat

Maksud Setiap Rangkap
Rangkap 1 : Adat tidak boleh dibawa mati
Rangkap 2 : Adat yang dipakai walaupun baru berasaskan adat lama
Rangkap 3 : Adat yang baik dipakai, adat yang buruk dielakkan
Rangkap 4 : Susah dan senang bersama-sama
Rangkap 5 : Mencari peluang di tempat lain
Rangkap 6 : Perbazaan adat perpatih dan temenggung
Rangkap 7 : Perbezaan tatacara hidup
Rangkap 8 : Adat adalah berdasarkan kitab Allah

Persoalan
Rangkap 1 : Adat yang diamalkan tidak dibawa mati
Rangkap 2 : Adat lama yang dilupakan
Rangkap 3 : Adat yang baik sentiasa diikuti
Rangkap 4 : Sama-sama berada dalam kesusahan
Rangkap 5 : Hati tidak tetap
Rangkap 6 : Perbazaan adat
Rangkap 7 : Perbezaan tatasusila
Rangkap 8 : Adat berasaskan kitab Allah

Nilai Estetika

-   Hiperbola
Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah.
Adat bersendi hukum

-   Inversi
Adat dipakai baru

-   Personafikasi
Lembaga berlingkungan

-   Aliterasi
Pengulangan vocal ‘e’ 3 kali
Ke laut adat Temenggung

-   Asonansi
Pengulangan konsonen ‘d’ 2 kali
Adat bersendi hukum

kajian talibun(keindahan dan kemakmuran negeri)

KEINDAHAN DAN KEMAKMURAN NEGERI 


Keindahan Dan Kemakmuran Negeri

Analisis
-   Mempunyai 1 rangkap
-   Terdapat 20 baris
-   Puisi jenis Talibun
-   Tidak terikat

Tema : Keindahan & kemakmuran negeri

Nilai Estetika

          Hiperbola
-   Bukan kepalang

          Simile
-   Bagai dibentang
-   Seumpama kundur dengan labu
-   Sejuk dingin seperti ular cintaman

                 Bahasa Arab
-   Balam

               Anafora
-   Jikalau-jikalau
-   Cari-cari

              Epifora
-   Tanah-tanah

               Paradox
-   Helang disambar punai tanah
-   Kecil pohon besar buahnya

               Responsi
-   Boleh di-boleh di

               Asonansi
-   Pengulangan konsonen ‘t’ 2 kali
-   Lembu kerbau penuh di tengah padang

              Aliterasi
-   Pengulangan vokal ‘u’ 4 kali
-   Seumpama kundur dengan labu 

                Personafikasi
-   Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah

              Inversi
-   Helang disambar punai tanah

                Persoalan
-   Keindahan negeri
-   Kemakmuran sebuah negeri
-   Rezeki yang terdapat di merata tempat

                 Nilai Masyarakat
-   Masyarakat yang beruntung
-   Masyarakat rajin mencari rezeki
-   Masyarakat yang cinta akan keindahan
-   Masyarakat yang cinta akan kemakmuran

kajian gurindam (taat setia raja dan rakyat)

 TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT


Taat Setia Raja dan Rakyat

Analisis
ü  Mempunyai 5 rangkap
ü  2 baris 1 rangkap
ü  4-5 patah perkataan
ü  8-11 suku kata 1 baris
ü  Rima akhir a,a,a,a
ü  Terdapat jeda
ü  Puisi jenis terikat

Tema : Kerjasama antara rakyat dan raja

Maksud Setiap Ayat
Rangkap 1 : Kerjasama antara raja & menteri akan membawa kepada Negara yang aman
Rangkap 2 : Kesetiaan kepada raja dapat membawa kepada kemudahan aktiviti yang dijalankan
Rangkap 3 : Raja yang bersikap adil membolehkan raja mendapat dorongan daripada rakyat dengan ikhlas
Rangkap 4 : Orang berilmu perlu dikasihi untuk mendapat rahmat
Rangkap 5 : Orang pandai perlu dihormati agar kita dapat memanfaatkan ilmunya untuk mengetahui baik & buruk

Persoalan
Rangkap 1 : Kerjasama antara raja dan menteri untuk mendapatkan kedamaian
Rangkap 2 : Ketaatan yang boleh membawa kepada kelancaran aktiviti yang dijalankan
Rangkap 3 : Raja yang bersikap adil
Rangkap 4 : Kasih kan orang berilmu akan memperolehi rahmat
Rangkap 5 : Hormat akan orang yang pandai

       Nilai Estetika

Peribahasa
-   Seperti kebun berpagarkan duri

Inversi
-   Betul hati kepada raja
-   Tanda rahmat atas dirimu

Bahasa Arab
-   Inayat

Hiperbola
-   Hukum adil atas rakyat

Metafora
-   Betul hati kepada raja

Anafora
-   Tanda-tanda

Aliterasi
-   Pengulangan vokal ‘a’ 6 kali
-   Raja bermuafakat dengan menteri

Asonansi
-   Pengulangan konsonen ‘n’ 3 kali
-   Hormat akan orang pandai

Fungsi
-   Memberi nasihat

    Pengajaran
-   Kawalan social
-   Mendidik
-   Alat hiburan

Nilai Masyarakat
-   Hormat menghormati
-   Tolong menolong
-   Kasih sayang
-   Bekerjasama

Saturday 28 July 2012

kajian gurindam(norma-norma yg baik dlam p`hbungan suami isteri

  NORMA-NORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI 


Norma-norma Yang Baik Dalam Perhubungan Suami Isteri


Analisis
  • Ada 7 rangkap
  •  2 baris 1 rangkap
  •  4-5 patah perkataan
  •  8-12 suku kata
  •  Terdapat jeda di tengah-tengah
  •   Mempunyai kesatuan idea
  •   Rima akhir a,a,a,a
  •   Terikat

Tema : Peranan suami isteri dalam rumah tangga

Persoalan
Rangkap 1 : perlunya isteri yang cantik dan budiman untuk menjadi pasangan hidup
Rangkap 2 : perempuan yang beriman akan dimuliakan
Rangkap 3 : suami isteri harus ada sefahaman dalam hubungan untuk elak pergaduhan
Rangkap 4 : suami menjadi tempat isteri bergantung hidup
Rangkap 5 : suami yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan isteri menderita
Rangkap 6 : peranan suami isteri
Rangkap 7 : persefahaman suami isteri sehingga ke-tua

Nilai Estetika

Hiperbola
-       Rangkap 1 baris 1
-       Rangkap 6 baris 2
-       Rangkap 2 baris 1

Sinkop
-       Rangkap 5 baris 1

Metafora
-       Rangkap 6 baris 1

Inversi
-       Rangkap 7 baris 2
-       Rangkap 4 baris 1
-       Rangkap 4 baris 2

Anafora
-       Rangkap 1
-       Isteri-isteri

Aliterasi
-       Pengulangan vocal ‘a’ sebanyak 5 kali dalam rangkap 1 baris 1

Asonansi
-       Pengulangan konsonen ‘t’ sebanyak 3 kali dalam rangkap 1 baris 1

Nilai Kemanusiaan

* Bekerjasama
* Bertanggungjawab
* Kasih sayang
*Bertolak ansur
* Keimanan
*Hormat menghormati
*Tolong menolong
* Persefahaman

kajian seloka

KAJIAN SELOKA PAK PANDIR

Anak dipijak dagang di jinjing
kucing dibunuh tikus dibela
harta habis bawaan tergadai
mendengar gelagat dagang
tak sedar bertelanjang
mendengar guruh di langit
air ditempayan dicurahkan
mulut kena suap pisang
buntut kena cangkuk onak
gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung
apa didengar gelagat dagang
gelagat rambutan jantan
orang berbunga dia berbunga
orang berbuah dia haram
kilat memancar hujan tak jadi
awak juga kecundangan.

MAKSUD:

Pak Pandir merupakan seorang yang mementingkan orang luar berbanding ahli keluarganya sendiri. Dia juga seorang yang menjaga orang yang menjaga orang yang mendatangkan kemudaratan sehinggakan hartanya habis serta bawaannya tergadai. Pak Pandir terlalu mendengar kata-kata pendatang sehingga tidak sedar dirinya ditipu. Pak Pandir mendengar cerita yang tidak pasti akan kesahihannya lagi tetapi sudah menghabiskan harta yang ada. Si dagang menyuap makanan tetapi pada masa yang sama melakukan kejahatan dengan berpura-pura baik. Segala akibat buruk,Pak Pandir juga yang menanggung. Tidak berguna mendengar kata-kata orang luar kerana kata-kata mereka tidak boleh dipercayai. Akhirnya Pak Pandir juga yang kerugian.


TEMA :
*Pengorbanan yang sia-sia


ANALISIS:
*Seloka ini mempunyai 1 rangkap
*Dalam satu rangkap mempunyai 17 baris
*Setiap baris mempunyai 3-5 patah perkataan
*Dalam setiap baris mempunyai 7-10 suku kata
*Rima akhir berbentuk bebas dan tidak terikat
*Seloka ini berbentuk naratif(cerita)
*Dalam setiap baris seloka ini mempunyai jeda(hentian seketika)
*Mempunyai nada sindiran


NILAI MASYARAKAT
*masyarakat yang mementingkan orang luar
*masyarakat yang suka mendengar khabar angin
*masyarakat yang mudah terpedaya
*masyarakat yang mengabaikan keluarga


NILAI KEMANUSIAAN 
*berbudi
*baik hati


PENGAJARAN
*tidak mudah percaya pada orang luar



 NILAI ESTETIKA:

SINKOF
(bahasa singkatan)
-baris 5&16
*kilat memancar hujan tak jadi
*tak sedar bertelanjang

PARADOX
(unsur bertentangan)
-baris 1&2
*anak dipijak dagang dijinjing
*kucing dibunuh tikus dibela

HIPERBOLA
(unsur yang melampau)
-baris 4&5
*mendengar gelagat dagang
*tak sedar bertelanjang

ANAFORA
(pengulangan awal ayat)
-baris 14&15
*orang berbunga dia berbunga
*orang berbua dia haram

RESPONSI
(pengulangan pertengahan ayat)
-baris 14&15
*orang berbunga dia berbunga
*orang berbuah dia haram

PERSONAFIKASI
(sifat manusia yang diberikan kepada alam)
-baris 10
*gunting makan di hujung

PERIBAHASA
-baris 6&7
*mendengar guruh di langit
*air di tempayan dicurahkan










Tuesday 17 July 2012

kajian pantun



ANALISIS PANTUN BUDI

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang nyawa dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik di kenang juga.

Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

·     
*     Pantun 4 kerat
*     Terdiri daripada 3 rangkap
*     1 rangkap mempunyai 4 baris
*     1 baris mempunyai 3 hingga 5 patah perkataan
*     Bilangan suku kata sebaris ialah 9 hingga 10 suku kata
*     Skema rima akhir tetap iaitu a-b-a-b
*     Rima akhir pantun a-b,a-b

·                                                                                                                       Nilai-nilai estetika 

                                         *     Ansonansi
 §  Merupakan pengulangan huruf vokal.
 §  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan vokal a :
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Rangkap 2
Pengulangan vokal a :

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik di kenang juga.

Rangkap 3
Pengulangan vokal a :
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mulik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

                                                 *     Aliterasi

§  Merupakan pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal.
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
pengulangan konsonen b :
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Rangkap 2
Pengulangan konsonen n :
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik becabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik dikenang juga.





Rangkap 3
Pengulangan konsonen n :
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

                                                       *     Personafikasi
§  Merupakan sifat manusia yang diberi kepada kepada benda atau sesuatu yang tidak bernyawa.
§  Berdasarkan pantun ;

“ Tenang-tenang air dilaut “
Tenang merupakan sifat manusia,manakala air adalah objek yang tidak bernyawa.

“ Budi baik rasa nak junjung “
Budi sesuatu yang tidak bernyawa,jinjung dilakukan oleh manusia.

                                                    *     Hiperbola
§  Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan.
§  Berdasarkan pantun ;

“ Hutang budi dibawa mati “

“ Budi baik rasa nak junjung “

                                                   *     Anafora
   §  Pengulangan kata di awal baris.
   §  Berdasarkan pantun ;

“ Hutang emas boleh dibayar “

 Hutang budi dibawa mati “



                                               *     Responsi
   §  Pengulangan kata di tengah baris.
   §  Berdasarkan pantun ;
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

                                i.            Nilai masyarakat yang prihatin
o   Masyarakat yang mengingatkan bahawa budi merupakan sesuatu yang harus kita ingat dan bukan sesuatu yang dipandang remeh.
o   Contoh :
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
o   Walaupun seseorang itu telah mati,budi yang pernah ditaburkan akan sentiasa diingati.

                              ii.            Nilai masyarakat yang mengagungkan budi
o   Masyarakat mengagungkan budi atau meletakan budi sesuatu yang tinggi.
o   Contoh :
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
o   Budi yang ditaburkan kepada seseorang itu sangat di pandang sebagai sesuatu yang tinggi sehinggakan terasa ingin menjunjung budi tersebut.



 PANTUN AGAMA 


-       Mempunyai 4 baris
-       Puisi jenis pantun
-       Rima akhir a,b,a,b
-       Mempunyai 8-12 suku kata
-       Mempunyai 4 patah perkataan dalam satu baris

Nilai Estetika

-       Personafikasi
Contoh : Semulia hari Jumaat

-       Repitisi
Contoh : Banyak-banyak
            : Mulia-mulia
       : Hari-hari
          : Nabi-nabi

-       Responsi
Contoh : Antara-semulia

-       Metafora
Contoh : Minta ampun

-       Aliterasi
Contoh : Tidak semulia hari Jumaat 
              Pengulangan vocal ‘a’ sebanyak 5 kali

-       Asonansi
Contoh : Tidak semulia Nabi Muhammad
          Pengulangan konsonen ‘m’ sebanyak 3 kali

Nilai Dalam Pantun Agama
--       Patriotik - Protes - Mendidik  Keimanan  Sinis Romantik Prihatin Kemuliaan      





      PANTUN KASIH SAYANG


  -       Mempunyai 2 ragkap
-       1 rangkap 4 baris
  -       Rima akhir a,b,a,b
  -       Puisi jenis pantun
                 -       Mempunyai 8-11 suku kata

Maksud Rangkap Pertama
·         Datang saying bermula daripada pandangan mata

Maksud Rangkap Kedua
·         Bertambah dendam kerana dendam dahulu belum sembuh

Kepentingan Pantun Kasih Sayang
Ø  Untuk sampaikan rasa kasih sayang
Ø  Menyemai kasih saying
Ø  Menyatakan perasaan sayang

Nilai Kemasyarakatan
§  Penuh kasih sayang
§  Kasih sayang terhadap orang lain


                 Nilai Estetika

                Anafora
                  -rangkap 1,baris 1-4
               -(dari,dari)

               Responsi
                  -rangkap 1,baris 1&3
              -(mana,mana)
                    -rangkap 2,baris 1&3
                     -(bertambah,bertambah)



      PANTUN NASIHAT 


     Sintaksis
-       Ayat songsang
 -       Pembentukan ayat

Analisis
        -       Jenis pantun nasihat
          -       Mempunyai 2 rangkap
 -       1 rangkap 4 baris
                    -       1 baris 4-5 patah perkataan
        -       8-9 suku kata 1 baris
   -       Rima akhir a,b,a,b
                                         -       Pemilihan kata menjurus pada nasihat

Nilai Estetika
-       Inversi
Kelak nanti binasa badan

-       Anafora
Burung-burung

-       Hiperbola
Kelak nanti binasa badan
Meninggi diri

-       Asonansi
Pengulangan konsonen ‘m’
Cth : Tanam bunga di dalam pasu

-       Aliterasi
Pengulangan vokal ‘a’
Cth : Tanam bunga di dalam pasu

Nilai Kemanusiaan
-       Memberi kesedaran dan keinsafan