Saturday 28 July 2012

kajian seloka

KAJIAN SELOKA PAK PANDIR

Anak dipijak dagang di jinjing
kucing dibunuh tikus dibela
harta habis bawaan tergadai
mendengar gelagat dagang
tak sedar bertelanjang
mendengar guruh di langit
air ditempayan dicurahkan
mulut kena suap pisang
buntut kena cangkuk onak
gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung
apa didengar gelagat dagang
gelagat rambutan jantan
orang berbunga dia berbunga
orang berbuah dia haram
kilat memancar hujan tak jadi
awak juga kecundangan.

MAKSUD:

Pak Pandir merupakan seorang yang mementingkan orang luar berbanding ahli keluarganya sendiri. Dia juga seorang yang menjaga orang yang menjaga orang yang mendatangkan kemudaratan sehinggakan hartanya habis serta bawaannya tergadai. Pak Pandir terlalu mendengar kata-kata pendatang sehingga tidak sedar dirinya ditipu. Pak Pandir mendengar cerita yang tidak pasti akan kesahihannya lagi tetapi sudah menghabiskan harta yang ada. Si dagang menyuap makanan tetapi pada masa yang sama melakukan kejahatan dengan berpura-pura baik. Segala akibat buruk,Pak Pandir juga yang menanggung. Tidak berguna mendengar kata-kata orang luar kerana kata-kata mereka tidak boleh dipercayai. Akhirnya Pak Pandir juga yang kerugian.


TEMA :
*Pengorbanan yang sia-sia


ANALISIS:
*Seloka ini mempunyai 1 rangkap
*Dalam satu rangkap mempunyai 17 baris
*Setiap baris mempunyai 3-5 patah perkataan
*Dalam setiap baris mempunyai 7-10 suku kata
*Rima akhir berbentuk bebas dan tidak terikat
*Seloka ini berbentuk naratif(cerita)
*Dalam setiap baris seloka ini mempunyai jeda(hentian seketika)
*Mempunyai nada sindiran


NILAI MASYARAKAT
*masyarakat yang mementingkan orang luar
*masyarakat yang suka mendengar khabar angin
*masyarakat yang mudah terpedaya
*masyarakat yang mengabaikan keluarga


NILAI KEMANUSIAAN 
*berbudi
*baik hati


PENGAJARAN
*tidak mudah percaya pada orang luar



 NILAI ESTETIKA:

SINKOF
(bahasa singkatan)
-baris 5&16
*kilat memancar hujan tak jadi
*tak sedar bertelanjang

PARADOX
(unsur bertentangan)
-baris 1&2
*anak dipijak dagang dijinjing
*kucing dibunuh tikus dibela

HIPERBOLA
(unsur yang melampau)
-baris 4&5
*mendengar gelagat dagang
*tak sedar bertelanjang

ANAFORA
(pengulangan awal ayat)
-baris 14&15
*orang berbunga dia berbunga
*orang berbua dia haram

RESPONSI
(pengulangan pertengahan ayat)
-baris 14&15
*orang berbunga dia berbunga
*orang berbuah dia haram

PERSONAFIKASI
(sifat manusia yang diberikan kepada alam)
-baris 10
*gunting makan di hujung

PERIBAHASA
-baris 6&7
*mendengar guruh di langit
*air di tempayan dicurahkan










No comments:

Post a Comment