Monday 9 July 2012

definisi gurindam:P

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF *_*

DEFINISI GURINDAM:

DEFINISI GURINDAM

"Adapun gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab" - RAJA ALI HAJI
"Gurindam bahasanya padat dan bernas, isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian, jenaka, senda gurau, kelakar, sindir, giat yang bermain-main dan menggelikan hati" -PENDETA ZAABA

"Gurindam mengandungi nasihat, pengajaran dan kebenaran. Kalau ditilik gurindam itu dekat benar kepada pepatah dan peribahasa. Gurindam terdiri daripada dua baris. Kedua-dua baris itu bersajak dan mengutarakan satu idea yang bersambung" - PROF TAKDIR ALISJAHBANA

"Gurindam sebagai sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris, berisi dengan berbagai-bagai pengajaran" - KAMUS DEWAN

"Gurindam isinya mengatakan suatu nasihat atau kebenaran dan biasanya terdiri atas dua baris yang bersajak. Perhubungan antara kalimat yang pertama dengan kalimat yang kedua adalah sebagai anak kalimat dengan induk kalimat atau dikatakan juga, kalimat yang pertama berisi semacam perjanjian dan kalimat yang kedua akibat atau jawab dari perjanjian itu" - ZUBER USMAN B.A

"Gurindam Bentuk Terikat terdiri daripada dua baris yang berpasangan dan rima setiap baris kebanyakannya sama. Baris pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai jawapan. Isi kandungannya tersurat dan tersirat nasihat serta pengajaran" - MAS ADEKI

No comments:

Post a Comment