Wednesday 20 June 2012

definisi seloka^_^

Kesusasteraan melayu komunikatif(*_*)

"Definisi Seloka"

      Seloka ialah puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap.Jumlah baris,sama ada mempunyai irama atau pun tidak.Antara ciri seloka adalah mengejek,menyindir,secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun kelompok masyarakat.
    Menurut kamus dewan edisi ke-4,seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu 'sloka'.seloka biasanya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.


"Ciri-ciri seloka"

 
  • Satu bait seloka terdiri daripada 4 baris atau lebih.
  • Memiliki lebih dari satu bait.
  • Seloka pula disusun secara berangkap.Namun setiap rangkap tidak tetap,jadi rima akhir adalah bebas.isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti seloka Pak kaduk.
  • Berasal daripada perkataan sanskrit bermaksud karangan berangkap yang melarat.
  • Tidak tetap bilangan baris dan iramanya.
  • Isinya lebih kepada mesej-mesej lucu,jenaka,ejekan,gurauan atau sindiran yang tajam.
  • Sebuah seloka mmepunyai kesatuan isi atau idea yang lengkap.

"Jenis Seloka"

     *seloka mengejek
*seloka khayal
 *seloka melarat
        *seloka gurau senda


"Fungsi Seloka"

               Fungsi seloka amat terbatas,secara umumnya,seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya,iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.Bersesuaian dengan sifat halus orang melayu.Puisi seloka digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba.Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir,mengejek,menemplak seseorang,melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia,memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.


"Contoh Seloka"

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk..

Monday 18 June 2012

contoh-contoh syair^_^

Kesusteraan melayu komunikatif

:Contoh-contoh syair melayu:
(Kelebihan ilmu:-ilmu itu bekalan hidup)

Berkata ilmu akulah sultan,
Kerajaan aku darat dan lautan,
Jahil berseru akulah syaitan,
Ikutlah aku merata hutan,

Ilmu itu gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati,

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya bersukat digunakan,
Di laut,di darat,di rimba dan pekan,

Jasa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Jasa berhimpun ialah pengenalan,
Hiasan penyata polan si polan.

separuh sahaja....

Sunday 17 June 2012

mengenai syair(^_^)

KESUSTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF:


latar belakang syair:
  • Perkataan syair berasal daripada perkataan arab,tetapi bentuknya berbeza dengan apa yang dimaksudkan dalam bahasa melayu.mengikut za`ba syair berasal daripada perkataan syir yang bermaksud perasaan serta pengalaman dan bahasanya pula indah serta menarik.
  • A.teeuw pula mengatakan syair  ialah bentuk puisi melayu lama yang telah sedia ada dalam sastera melayu,hanya nama sahaja diberi nama baru iaitu syair..


CIRI-CIRI SYAIR:

  • Setiap rangkap syair terdiri daripada empat baris serangkap.Ini bermakna tiap-tiap satu rangkap syair mengandungi jumlah baris yang tetap.
  • setiap baris mengandungi 4-5 patah perkataan sebaris.
  • suku kata syair sebaris ialah di antara lapan hingga sepuluh jumlah suku kata.
  • syair mempunyai skema rima akhir baris a-a-a-a
  • dalam satu baris syair,terdapat suatu perhentian(pause)
  • tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap.Dengan lain perkataan,syair adalah satu pernyataan yang berlarutan bagi mengemukakan cerita,kisah,buah fikiran,nasihat dan puji-pujian.sebab itulah syair ada awalan dan akhirannya.

FUNGSI SYAIR:

  • sebagai hiburan sesuai dengan sifatnya yang demikian maka          syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam   pesta keramaian,dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
  • alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman,rukun sembahyang,zakat,puasa dan sebagainya.kemerduan suara"tukang lagu"dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meniggalkan kesan yang mendalam.
  • berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat
  • ketika sambutan maulut
  • dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.
  • digunakan dalam adat perkhawinan.


ada sambungan..

fungsi pantun:)

 kesusteraan melayu komunikatif(*_*)
Fungsi pantun:
  •     FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU
  •     MENZAHIRKAN PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH

Seseorang yang berbudi ialah orang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yang menerima budi baktinya .Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati.Namun begitu,oleh sebab terlalu menerima budi,seseorang itu tidak seharusnya tidak termakan budi sehingga ia berjiwa hamba,terikat kepada orang yang telah banyak menabur budi,terlalu mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak tahu batas dan sempadan.Beriku merupakan dua contoh pantun budi yang menzahirkan ucapan dan terima kasih:


  Pisang emas dibawa belayar ,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar, 
Hutang budi dibawa mati.
             
      

            Berdasarkan pada pantun di atas, dapat dilihat secara luas tentang nilai budi yang berlaku terhadap masyarakat kita pada zaman dahulu kala. Hutang emas walaupun banyak dan melimpah ruah dapat juga dijelaskan walaupun secara beransur-ansur sehinggalah jumlah hutang itu mengecil dan selesai dibayar. Keadaan ini berbeza dengan budi, hutang budi seseorang manusia tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian hatta permata sekalipun. Kesudahannya, hutang budi tidak dapat dibayar sehingga kita meninggal dunia sekali pun.              
             Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan bahasa yang lemah lembut itu juga dianggap sebagai budi yang tidak ada nilai komersilnya.

Budi yang dizahirkan ini akan dikenang oleh orang yang menerimanya. Misalnya sekiranya kita menyelamatkan nyawa seseorang daripada menimpa kecelakaan atau kemalangan terutama yang melibatkan nyawa, maka budi kita akan diingati selamanya selagi hayat dikandung badan. Nilai keluhuran budi itu lebih memberi kesan kepada penerimanya sekiranya kita mengambil contoh pemberian sedekah, bantuan berbentuk wang tunai atau kerja buat, cederahati kenang-kenangan kepada orang-orang miskin atau mereka yang memerlukan dalam meringankan beban kerja atau kos sara hidup yang perlu ditanggung dalam meniti kehidupan di dunia ini disebabkan faktor kesempitan hidup, masalah kesihatan dan tidak berpendidikan.

2) Bunga melati bunga di darat,
               Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
                   Hina manusia tidak berbudi.

            Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat betapa perlunya seseorang itu berbudi kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman dahulu kala amat mementingkan nilai budi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat zaman dahulu kala amat menganggungkan budi kerana sekiranya seseorang pemuda ingin berkahwin dengan seorang pemudi, perkara pertama yang akan dilihat oleh ibu bapa pemudi itu ialah bakal menantunya berbudi atau tidak, begitu juga sebaliknya ibu bapa pemuda yang memasuk meminang untuk anak mereka akan menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi atau tidak. Sekiranya didapati tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan terbatal.

            Kesimpulanya, pantun budi sudah digunakan oleh masyarakat dahulu sejak turun-temurundalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya. Selain itu juga, kebanyakan perbuatan seharian dibuat dengan pantun dengan tujuan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih, memberi nasihat dalam adat berkahwin dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana pantun menjadi wadah dan wahana yang digunakan untuk menyampaikan dan menjelaskan sesuatu yang penting kepada masyarakat dan mudah difahami oleh masyarakat tradisional Melayu.
  •   Tujuan adat istiadat
Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini.Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsipantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Berikut disertakan dua contoh pantun adat  dan huraiannya :

3) Ikan berenang di dalam lubuk,
                   Ikan belida dadanya panjang;
      Adat pinang pulang ke tampuk,
                  Adat sireh pulang ke gagang.

            Berdasarkan pantun di atas, ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini. Pantun ini dipertahankan dan menjadi kebanggaan orang Melayu. Pantun ini menceritakan tentang sudah menjadi lumrah atau menjadi kebiasaannya pinang akan pulang ke gagang begitu juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apabila sudah sampai serunya. Setiap lelaki akan mencari seorang perempuan untuk menjadi pasangan hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik perempuan yang ingin dikahwininya itu. Di dalam pantun adat ini, seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua yakni selalunya bapa kepada anak lelaki dan rombongannya ke rumah pihak perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan menyatakan tujuan mereka berkenaan hasrat pemuda yang ingin mengahwini gadis itu.

4) Buah berangan di rumpun pinang,
                Limau kasturi berdaun muda;
          Kalau berkenan masuklah meminang,
           Tanda diri beradat budaya.
            Pantun di atas pula menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau haruslah mengikut adat, iaitu meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat seoarang yang beradat. Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu untuk membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing. Dalam masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa itulah ibu bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan, belanja perkahwinan dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah ’berpunya’.Sebelum adat meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuantersebut untuk memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain.

            Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuahmasyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalah merujuk kepada peraturan kehidupan masyarakat tersebut. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsimenyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuahmasyarakat itu bagaimana ia berlaku dan berkesudahan.
Meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan.
Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.

            Berdasarkan pantun kasih sayang, nasihat yang cuba disampaikan oleh pengkarya ialah mengenai kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada seseorang. Erti kata kasih sayang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam. Perasaan sayang selalunya akan disampaikan melalui pantun oleh masyarakat tradisional dalam menyampaikan hasrat mereka. Hal ini telah memperlihatkan bahawa masyarakat tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutamanya dalam berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan hukum alam yang tidak dapat dihalang oleh manusia daripada terus belaku kerana ianya sudah ditakdirkan oleh Ilahi. Berikut merupakan dua contoh pantun kasih sayang dan penerangannya :

5) Bunga melur di atas titi,
                              Mari dibungkus di dalam kertas;
    Dalam telur lagi dinanti,
                     Inikan pula sudah menetas.

Pada rangkap pertama pantun kasih sayang di atas memaparkan mengenai ajaran tentangkesetiaan iaitu kepatuhan dan ketaatan seseorang dalam melakukan sesebuah perhubungan seperti dalam persahabatan, percintaan, dan sebagainya. Kesetiaan dalam perhubungan perlulah berpegang teguh kepada janji bagi memastikan perhubungan dapat berjalan dengan penuh keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran. Rangkap pertama cuba menceritakan mengenai kesetiaan seorang jejaka menunggu kekasihnya tanpa mengira waktu. Dalam perhubungan, kesetiaan perlu wujud bagi memupuk nilai kasih sayang antara insan. Secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri serta mematangkan seseorang dalam melakukan perhubungan. Seandainya ajaran ini tidak diamalkan nescaya sesebuah hubungan itu tidak akan dapat bertahan lama malah masyarakat juga akan turut berpecah belah kerana konsep kesetiaan dan ketaatan tidak dilaksanakan dalam perhubungan.

6)  Lama sudah tidak ke ladang,
                    Padi sudah dililit kangkung;
       Selama tuan tidak kupandang,
                       Putus hati pengarang jantung.

            Rangkap kedua pula mengutarakan ajaran mengenai keprihatinan iaitu masyarakat mestilahmempunyai sifat timbang rasa dalam perhubungan. Sifat ini hanya boleh dimiliki oleh mereka yang meletakkan dirinya di tempat orang yang hendak diambil perhatian. Ajaran ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang bercinta. Di samping itu, dapat menguntungkan seseorang dan mengukuhkan lagi perhubungan agar aman dan harmoni. Sikap keprihatinan ini ama jelas pada rangkap terakhir ketika si gadis tidak memandang lelaki lain selain daripada kekasihnya. Keprihatinan ini wajar diikuti oleh masyarakat agar dapat mewujudkan satu perhubungan yang kukuh seterusnya dapat memupuk sikap keprihatinan terhadap keluaraga, kekasih mahupun masyarakat. Sekiranya sikap keprihatinan tidak diamalkan dalam perhubungan maka ianya tidak akan bertahan dengan lama kerana wujud sikap pentingkan diri sendiri. Oleh sebab itu, sikap ini sangat penting dalam perhubungan dan seharusnya dilaksanakan oleh masyarakat setempat dinihari.

Kesimpulannya, pantun kasih sayang menggambarkan identiti kehidupan masyarakat Melayu.Pantun ini juga amat memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Pengaruh pantun merangkumi aspek daya fikir, beradat, berbahasa dan juga menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat kini perlu sedar itu mereka mesti mempertahankan pantun kasih sayang agar boleh bertahan hingga ke generasi akan datang dan tidak ditelan perubahan zaman.
  • Untuk sindiran dan tempelak
Mengapakah orang Melayu tidak suka berterus terang? Menurut Fatimah Busu, (1922:22) kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu ada pengertian-pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Dalam membuat teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah. Berikut merupakan dua contoh pantun kias ibarat dan penerangannya :

7) Pondok robek makan api,
                    Anak Cina main teropong;
    Katak bertingkir besar hati,
                            Dapat dunia bawah tempurung.

            Dalam pantun tersebut, karikatur katak memberi satu kiasan terhadap sifat manusia yang tiada pegangan atau pendirian. Manusia sebegini tidak akan berusaha untuk memajukan diri sendiri tetapi hanya menerima takdir yang telah ditetapkan kepadanya dengan rasa gembira. Sudah pasti kehidupan bawah tempurungnya itu tidak akan membawanya ke mana-mana kerana sifat ingin mengetahui dan ingin maju tidak ada padanya. Dalam kiasan ini, ada pelajaran iaitu pendengar mengambil sesuatu episod yang diceritakan sebagai situasi yang dapat dipelajari dan cuba mengandaikan atau mengaplikasikan dirinya dengan situasi tersebut. Ibarat dan kias menjadi jambatan untuk makna atau maksud sosial dan moral sastera.

8) Ayam dikepuk dipanggil pulang,
               Kain tercarik tersangkut duri;
Usah ditepuk air di dulang,
                Kelak terpercik muka sendiri.

            Pantun tersebut membawa peringatan yang amat berguna kepada kita supaya tidak memburuk-burukkan saudara atau orang yang rapat dengan kita. Umpama menepuk air di dalam dulang, perbuatan mengumpat, mengata saudara mara atau sahabat handai akan mengundang keburukan kepada diri sendiri kelak. Segala kekurangan yang dimiliki oleh saudara mara atau sahabat handai hendaklah disembunyikan tanpa pengetahuan orang luar.

            Sebagai kesimpulan, penggunaan kias ibarat ini sudah pasti menjadi perhiasan bagi mencantikkan bahasa kerana bahasa kiasan banyak menggambarkan keindahan alam dan pemilihan lambang atau simbol itu pula begitu cantik. Apa yang lebih penting ialah penggunaan kias ibarat berperanan menjadi pelindung sesuatu perkara yang tidak ingin dinyatakan secara terang-terangan. Dengan adanya bahasa kiasan, perasaan malu atau takut kerana tidak manis didengar orang dapatlah disembunyikan.
  •  Menyampaikan mesej berunsur keagamaan
Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah. Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah danmeninggal segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Berikut merupakan dua contoh pantun agama dan penerangannya :

9) Redup bulan nampak nak hujan.
           Pasang pelita sampai berjelaga;
    Hidup mati di tangan tuhan,
           Tiada siapa dapat menduga.

            Rangkap pantun di atas menjelaskan maksud redup bulan nampak nak hujan ialah sesuatu perkara yang hendak berlaku mesti ada petandanya. Contohnya, bulan yang redup menandakan hujan akan turun. Baris kedua pula, pasang pelita sampai berjelaga bermakna hidup manusia ada peraturannya hidup dan mati manusia tidak dapat diduga kerana segalanya hanya Allah yang menentukan. Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila akan tiba dan Allah sahaja yang mengetahuinya serta Allah yang telah menentukan takdir untuk setiap manusia sejak azali lagi. Selain itu, Allah mengkehendaki apa yang Dia kehendaki iaitu akan terjadi sesuatu itu atas kemahuannya.Contohnya, bayi yang baru lahir dalam tempoh sehari boleh mati dengan kehendak-Nya tidak lebih atau kurang walaupun sesaat.
  
10) Sayang-sayang buah kepayang,
                         Buah kepayang hendak dimakan;
           Manusia hanya mampu merancang,
                    Kuasa Allah yang menentukan.

Rangkap kedua pantun agama menceritakan mengenai sayang-sayang buah kepayang iaitu maksudnya walaupun manusia cuba merancang atau menentukan sesuatu seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yang menentukan segalanya. Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas manusia yang diciptanya. Manusia boleh merancang berbagai perkara dan berharap akan terlaksana seperti mana yang dirancang walaupun mengetahui yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. kuasa Allah tiada siapa hanyalah hambanya.

            Kesimpulannya, pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan nilai keagamaan. Dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman. Tidak dapat dinafikan pantun agama memang terdapat pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut sekali gus dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi.

jenis-jenis pantun^_^


KESUSTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF..


Terdapat 6 jenis pantun yang ada dalam prosa tradisional..
ANTARANYA ADALAH:
  • PANTUN BUDI
  • PANTUN NASIHAT&PENDIDIKAN
  • KEAGAMAAN&KEPERCAYAAN
  • PANTUN ADAT&RESAM MANUSIA
  • PANTUN KANAK-KANAK
  • PANTUN TEKA-TEKI
"CONTOH PANTUN BUDI"

ULAR LIDI MENYUSUR ROTAN
MENYUSUR JATUH KE DALAM PAYA
BANYAK BUDI TUAN SEMAIKAN 
SEMOGA TUMBUH MENYINAR DUNIA

"CONTOH PANTUN NASIHAT&PENDIDIKAN"

BUAH PELAGA MAKAN DIKIKIR
DIBAWA ORANG DARI HULU
SEBARANG KERJA HENDAK DIFIKIR
SUPAYA JANGAN MENDAPAT MALU

"CONTOH PANTUN KEAGAMAAN&KEPERCAYAAN"

TUTUP AURAT SATU TUNTUTAN
DALAM KELUARGA WAJIB TEKANKAN
KALAU TAK IKUT GUNALAH ROTAN
DEMI MELAKSANAKAN PERINTAH TUHAN


"CONTOH PANTUN ADAT&RESAM MANUSIA"

POHON NANGKA BERBUAH LEBAT
BILALAH MASAK HARUM JUGA
BERUMPUN PUSAKA BERUPA ADAT
DAERAH BERLUHAK ALAM BERAJA

"CONTOH PANTUN KANAK-KANAK"

PAGI-PAGI MENDENGAR CERITA
CERITA DARI CIKGU ROHAYA
HIDUP KITA PUNYA CITA-CITA
UNTUK BERJASA DAN BERJAYA

"CONTOH PANTUN TEKA-TEKI"

KALAU TUAN BAWA KELADI
BAWAKAN JUGA SI PUCUK REBUNG
KALAU TUAN BIJAK BESTARI
BINATANG APA TANDUK DIHIDUNG?


TOLONG KOMEN YER:)

Saturday 16 June 2012

ciri-ciri pantun^_^

KESUSTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF..

                     ^_^ciri-ciri pantun^_^

  • Sebuah pantun wuju ddalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya....
  • Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud..
  • Bagi pantun dua kerat,baris pertama adalah pembayang,manakala baris kedua pula adalah maksud..
  • Bagi pantun empat kerat pula,baris satu dan dua adalah pembayang,manakala baris tiga dan empat adalah maksud bagi pantun tersebut..

"CONTOH PANTUN 2 KERAT"
         (PANTUN NASIHAT)

ikan siakap ikan senohong,
            banyak cakap banyak bohong.

Huraian untuk pantun 2 kerat:
  • untuk pantun dua kerat,rima akhir biasanya diakhiri dengan pola a-a...
PANTUN 2 KERAT
                                            CIPTAAN SENDIRI...(PANTUN NASIHAT)

                    MAIN LUMPUR MAIN PAYA,
           BERHATI-HATILAH DIJALAN RAYA.

BUAH CIKU BUAH DUKU,
                          JANGANLAH KITA SUKA MENIPU.

*DALAM PANTUN INI TERDAPAT  4 PERKATAAN DALAM SATU BARIS..*

"CONTOH PANTUN 4 KERAT"
(PANTUN NASIHAT)

Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa,
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamal setiap masa.

Huraian untuk pantun 4 kerat:
  • untuk pantun 4 kerat,rima akhir biasanya berakhir dengan pola a-b,a-b..

PANTUN 4 KERAT
CIPTAAN SENDIRI...(PANTUN NASIHAT)

SINGGAH SEBENTAR DI RUMAH PAK LONG,
DIHIDANGKAN PULA KEROPOK LOSONG,
JANGANLAH KITA BRESIKAP SOMBONG,
MARILAH KITA BERSIKAP TOLONG MENOLONG.

(PANTUN KASIH SAYANG)

ANAK KUCING BERLARI-LARIAN,
BEGITU JUGA DENGAN ANAK KUDA,
KASIH SAYANG TIDAK DAPAT DIPISAHKAN,
SEPERTI KASIH SAYANG IBU DAN BAPA.


*DALAM PANTUN INI TERDAPAT 4 HINGGA 6 PERKATAAN DALAM SATU BARIS..*

"CONTOH PANTUN 8 KERAT"
(PANTUN NASIHAT)



Korek perigi di tepi seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
      Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri,
                    Tuan pergi dagang seorang,
                           Tiada saudara tempat mengadu,
                            Tiada saudara tempat berunding,
                            Pandai-pandailah membawa diri.



PANTUN 8 KERAT
CIPTAAN SENDIRI..(PANTUN NASIHAT)


ANAK KECIL BERMANDI-MANDA,
BERTEMPAT PULA DI BUKIT MERAH,
TEMPAT REKREASI SEISI KELUARGA,
DISAMBUT PULA DENGAN MERIAH,
                                        KASIH SAYANG TIADA PENGHALANGNYA,
                               KERANA IA TIDAK PERNAH MERKAH,
                  SEPERTI KASIH IBU DAN BAPA,
                                    AGAR MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH.


JAWAB MATEMATIK BERSAMA SAUDARA,
SAUDARA MEMBANTU DENGAN SEMANGAT,
CUBA MENJAWAB DENGAN GEMBIRA,
TERUS USAHA TANPA RASA PENAT,
                             DAKI GUNUNG DENGAN GEMBIRA,
                                   DENGAN SEMANGAT YANG TERAMAT,
                                          TINGGAL KELUARGA DENGAN TERPAKSA,
                             DENGAN USAHA YANG TERPAHAT.

*DALAM PANTUN INI,TERDAPAT 4 HINGGA 5 PERKATAAN DALAM SATU BARIS..*

"CONTOH PANTUN 10 KERAT"
(PANTUN NASIHAT)

Baju dasar kesumba,
Seluar gunting petani,
Jahitan nyonya kampung elah,
Di hilir pasar kampung melaka,
Singgah di rumah nakhodanya,
                             Batang emas dahan suasa,
                                Buahnya intan dengan padi,
                                Bunga diisap burung merak,
                                            Pipit hendak hinggap di rantingnya,
                                      Adakah boleh oleh yang punya.


PANTUN 10 KERAT
CIPTAAN SENDIRI(PANTUN NASIHAT)


REMAJA BERJALAN BERLEGAR-LEGAR,
DERU ANGIN MENGHEMUS KOTA,
MENDUNG HITAM MULA BERARAK,
MEMBAWA AWAN PERLAHAN-LAHAN,
SURAM SUASANA DI PERHENTIAN,
                                       SEMENTARA FIKIRAN MASIH SEGAR,
                             BIBIR BOLEH MENGATUR KATA,
                                          JARI DAN TANGAN MAMPU BERGERAK,
                              KAKI DILIPAT LUTUT BERTAHAN,
                                          SOLAT LIMA WAKTU SATU KEMESTIAN.

(PANTUN ADAT)


DITAMAN BUNGA JALAN BERGANDING,
TERBAYANG JELAS WAJAH SUKA,
TIDAK SEDAR BEREDAR MASA,
LIDAH KELU TANPA TERKATA,
BERJANJI SETIA JIWA RAGA,
                                                                        TERSEMYUM SIMPUL PENGANTIN BERSANDING,
                                                   WAJAH PENGANTIN BERSERI MUKA,
                                                                 GEMBIRA DAN TERHARU BERCAMPUR RASA,
                                                IBU DAN AYAH MENITIS AIR MATA,
                                                              TERBINA SUDAH SEBUAH LAGI KELUARGA.

"CONTOH PANTUN 12 KERAT"
(PANTUN NASIHAT)

Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa sultan dari judah,
Padi yang jangan digemparkn,
Kalau gempar antara gugur,
                               Bila gugur masuk perigi,
                                   Tuan di mekah di madinah,
                            Naik akhirat batu haji,
                               Tegak berdiri rasulullah,
                                      Kami yang jangan dilupakan,
                             Kalau lupa antara tidur,
                                   Dalam tidur menjadi mimpi.


PANTUN 12 KERAT
CIPTAAN  SENDIRI(PANTUN NASIHAT)


DAKI BUKIT LARUT DENGAN KELUARGA,
SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN ALAM,
DIBAWA PULA OLEH PENJAGA,
BUKIT DIDAKI DENGAN TENANG,
DENGAN SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR,
SANGAT INDAH CIPTAAN TUHAN,
                                   JANGAN KITA BERSIKAP LUPA,
                                     LUPA AKAN KEINDAHAN ALAM,
                                     HARUSLAH KITA RASA BANGGA,
                                               DENGAN KEBESARAN YANG DATANG,
                                                              MENCINTAI DAN MENYAYANGI HUTAN LIPUR,
                                                      MENSYUKURI RAHMAT YANG DIBERIKAN.

LAUT TERBENTANG DENGAN MELUAS,
TIADA PENCEMARAN YANG MENDATANG,
SAMALAH KITA BERSIKAP HORMAT,
AGAR SEMUA RASA DIHORMATI,
TIDAK SOMBONG TIDAK LAGAK,
BERCAKAP DENGAN PENUH BAHASA,
                         LEPAK DI TAMAN YANG LUAS,
                                   MENUNGGU RAKAN YANG DATANG,
                                        DENGAN PERASAA TAKUT YANG AMAT,
                                 KERANA TELAH MEMUNGKIRI JANJI,
                                       JANGANLAH KITA BERSIKAP BERLAGAK,
                                         KERANA KITA MEMPUNYAI BUDI BAHASA.

"CONTOH PANTUN BERKAIT"

Kalau tuan pergi ke tanjung,
kirim saya sehelai baju,
kalau tuan menjadi burung,
saya menjadi ranting kayu.


kalau tuan pergi ke tanjung,
kirim saya pisau lipat,
kalau tuan menjadi burung,
saya menjadi benang pengikat.


PANTUN BERKAIT
CIPTAAN SENDIRI


KALAU PERGI KE PULAU PINANG,
PESAN SAYA HATI-HATI DIJALAN RAYA,
KALAU TUAN INGIN MEMINANG,
MARI BERTANYA KAMI SEKELUARGA,

KALAU PERGI KE PULAU PINANG,
SAYA KIRIMKAN BUAH PALA,
KALAU TUAN INGIN MEMINANG,
SAYA TERIMA DENGAN GEMBIRA.



MAKAN SEBIJI BUAH TEMBIKAI,
DIKONGSI PULA DENGAN SAUDARA,
KASIH SAYANG TIDAK TERELAI,
SELALU BERSAMA DENGAN SAUDARA.

MAKAN SEBIJI BUAH TEMBIKAI,
MAKAN BERSAMA DENGAN KELUARGA,
KASIH SAYANG TIDAK TERELAI,
SEPERTI KASIH IBU DAN BAPA.



TOLONG KOMEN EA....TENGSSSSS:)

definisi pantun(*_*)

^_^ kesusteraan melayu komunikatif ^_^               DEFINISI PANTUN:                                  Pantun merupakan sebuah satera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di dalam masyarakat melayu yang tidak kira apa tujuannya.pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu,ia bertujuan memperintahkan lagi sesuatu ucapan.Dalam konteks ini,pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri.                                          
 Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa nusantara.orang melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap.selain itu,pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa,kasih sayang masyarakat,adat istiadat,perkhawinan dan sebagainya.

Dalam bahasa Jawa pula,pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan.Lazimnya pantun terdiri empat baris dan berakhir dengan pola a-b,a-b.Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera lisan,namun sekarang dijumpai dalam bentuk bertulis.

             Disamping itu juga,pantun mempunyai peranan tersendiri,iaitu pantun merupakan adat memelihara bahasa,menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir.pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar.Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif,bahawa sesuatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain.Pantun juga merupakan warisan orang melayu sejak dari dulu lagi.Keindahan kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihatkan daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat melayu tradisional yang tinggi,asli dan bernilai seni..
                                         sekian....