PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN
Biodata Ringkas Penulis Syair Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain)
TOKOH: Baharuddin Bin Zainal, Dato’. Juga terkenal dengan panggilan Baha Zain.
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 22 Mei 1939, di Batu 15, Bukit Melintang, Perak.
PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor, 1946 - 1949. (2). Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak, 190 – 1957. (3). Sekolah Anderson, Ipoh, Perak, 1958 – 1959. (4). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1960 – 1963. (5). Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, Indonesia, 1970 – 1972.
Hasil penulisan Beliau
— Esei dan puisi Baha Zain tentang penulis dan persekitarannya : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.
— Mencari imej Malaysia : dialog sastera, seni rupa, seni bina / Hamdan Yahyadll,: Yayasan Kesenian Perak, 1998.
— A biography of Malaysian writers / Susunan, Baharuddin Zainal dll: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
— Sirih Pinang : kumpulan esei budaya / Penyunting, Baharuddin Zainal, AnwarRidhwan, Ayob Yamin: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.
— Wajah : biografi seratus penulis / Susunan, Baharuddin Zainal dll,: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
— Mendekati kesusasteraan / Susunan Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
— Termasuklah Syair Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian.
Maksud Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
— Bahagian Satu
* Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak cuba mengaitkan kegelapan malam yang dilihat remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrisiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan cahaya samar-2samar untuk menggambarkan kehidupan yang sedang dihadapinya.
• Bahagian Dua
* Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap ( sukar ) menyebabkan diri terasa terasing. Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri.
* Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara pejuang-pejuang keamanan yang dilihat amat baik. Terdapat juga manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang kemanusiaan melaungkan slogan cinta akan kedamaian. Seruan mereka adalah supaya manusia berjuang dengan harata dan negara. Diatas nama “ matlamat mencapai kedamaian” maka manusia sanggup bertelingkah.
• Bahagian Tiga
* Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perebutan kuasa akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan negara
* Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.
* Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam kehidupan. Penyajak juga mengingatkan kita berwaspada supaya tidak dipermainkan tanpa sedar.
Ciri-ciri Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
— Mempunyai 7 rangkap
Contoh : 2 rangkap bahagian (I)
2 rangkap bahagian (II)
3 rangkap bahagian (III)
— 1 rangkap 4 baris
Contoh : Bahagian (I)
• 1 rangkap 8 baris
Contoh :Bahagian (II) rangkap 1
Bahagian (III) rangkap 1
• 1 rangkap 20 baris
Contoh : Bahagian (II) rangkap 2
— 1 rangkap 7 baris
Contoh : Bahagian (III) rangkap 2
— 1 rangkap 5 baris
Contoh : Bahagian (III) rangkap 3
— SETIAP BARIS 1-7 PATAH PERKATAAN
— 1 baris 1 perkataan
Contoh : Rangkap 3 baris 2 ( orang )
— 1 baris 2 perkataan
Contoh : Rangkap 4 baris 4 ( tanah perkuburan )
— 1 baris 3 perkataan
Contoh : Rangkap 4 baris 11 / baris 18 ( jadi slogan perjuangan / setinggi mana pun )
— 1 baris 4 perkataan
Contoh : Rangkap 5 baris 2 ( muzium, galeri dan universiti )
— 1 baris 5 perkataan
Contoh : Bahagian (III) Rangkap 7 baris 2 ( untuk semua bangsa yang membenci )
— 1 baris 6 perkataan
Contoh : Bahagian (II) Rangkap 4 baris 20 ( sebuah kota yang telah menjadi perebutan )
— 1 baris 7 perkataan
Contoh : Bahagian (III) Rangkap 5 baris 7 ( sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar )
— SETIAP BARIS MENGANDUNGI 2-19 SUKU KATA
Contoh : 2 suku kata
Bahagian (II) Rangkap 3 , baris 2 ( orang )
Contoh 19 suku kata
Bahagian (II) Rangkap 4 baris 7 ( kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah )
— Rima akhir tidak tetap
Contoh : Rangkap 3 ( a-b-a-b-a-c-a-d-e )
— Nada patriotik
— Mempunyai jeda
— Sajak bukan naratif
Nilai Estetika
— Hiperbola
Contoh : Perang telah mengoyakkan halaman-halaman (Bhg.3 Baris 3)
Mendengar bisikan hati nuraninya sendiri (Bhg.2 rangkap 2 , baris 14)
— Metafora
Contoh : Bisikan hati (Bhg.2 rangkap 2, baris 14)
Bau wang (Bhg.3 rangkap 2, baris 3)
— Kata Ganda
Contoh : Halaman-halaman (Bhg.3)
Remang-remang (Bhg.1)
Rongga-rongga (Bhg.2)
— Anafora
Contoh : Perang-perang (Bhg.3)
Kita-kita (Bhg.2)
Sejarah-sejarah (Bhg.3)
— Responsi
Contoh : Pemimpin-pemimpin (Bhg.3)
Engkau-engkau (Bhg.1)
— Epifora
Contoh : Baru-baru (Bhg.3)
— Asonansi
Contoh : Pengulangan vokal ‘a’ 7 kali
Perang akan memusnahkan kubu, bangunan (Bhg.3 rangkap 1, baris 1)
— Aliterasi
Contoh : Pengulangan konsonen ‘m’ 3 kali
Perang telah mengoyakkan halaman-halaman (Bhg.3 rangkap 1, baris 3)
Persoalan Dalam Puisi Pernahkah Kau Mentafsir Kedamaian
— Persoalan membandingkan kegelapan malam dengan kesusahan hidup
— Persoalan godaan anasir jahat (syaitan)
— Persoalan pembawaan sikap pura-pura
— Persoalan menjadikan agama sebagai topeng
— Persoalan manusia yang sanggup mati dalam merebut kuasa
— Persoalan sikap pemimpin yang zalim
Nilai Masyarakat Dalam Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
— Masyarakat yang memperingati antara satu sama lain
— Masyarakat yang mencari kedamaian
— Masyarakat yang mencari keamanan
— Masyarakat yang berusaha mencari kemenangan bagi kota mereka
— Masyarakat yang mencuba untuk mendapatkan kuasa
Pengajaran Dalam Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamian
— Kuatkan iman dalam diri
— Jangan sesekali biarkan agama menjadi bahan permainan
— Jangan tamak akan harta sehingga menyebabkan kematian orang tidak bersalah
— Sentiasa pelihara bahasa, bangsa dan kesenian untuk mengelak diri ditindas
— Jauhkan diri daripada hasutan syaitan
No comments:
Post a Comment